Kisah Ibu/Isteri

b0051 Saban malam, seorang ibu dari keturunan Bani Israel berendam air mata.Hatinya dibalut rasa pilu setiap kali menatap anaknya yang menderita diserang sakit misteri. Selain berdoa siang dan malam, si ibu berusaha mengubati anaknya itu. Namun tiada tanda penyakitnya akan sembuh,sebaliknya bertambah teruk.
Suatu malam, selepas memberikan anaknya ubat, dengan linangan air mata,si ibu berdoa ke hadrat Allah, sekaligus bernazar jika penyakit anaknya sembuh. Dengan kehendak Allah, tidak berapa lama kemudian, si anak yang sekian lama terlantar, perlahan-lahan sembuh. Selera makannya bertambah dan dalam waktu terdekat, dia kembali pulih.
Sekali lagi dengan iringan air mata, si ibu tak henti-henti meluahkan rasa syukur kepada Allah. Sesungguhnya dia merasa cukup terharu selepas doanya dimakbulkan. Sambil tersenyum dia mengusap-usap rambut anak lelakinya itu dengan penuh kasih sayang. Lantaran terlampau gembira, ibu tadi lupa menunaikan nazar yang dilafaznya ketika berdoa. Hinggalah pada suatu malam, dia bermimpi dikunjungi seorang lelaki tua yang tidak dikenali.Lelaki itu berkata kepadanya dalam nada marah, "Hai perempuan! Tunaikanlah nazarmu agar kelak engkau tidak ditimpa musibah daripada Allah."Sejurus kemudian lelaki tersebut lenyap dan si ibu tersentak daripada tidur.Beberapa kali dia beristighfar...sambil mengurut dadanya yang berdebar kencang. Digosok-gosok kelopak matanya, kemudian dia termenung memikirkan mimpi itu. Rasa takut sesekali menerjah-nerjah nalurinya.

b0082 Keesokan malamnya, si ibu memanggil anaknya. Lalu diceritakan perintah lelaki tua dalam mimpinya serta nazar yang belum ditunaikan. "Nazar apa?" tanya si anak. "Begini...semasa kamu sakit tempoh hari, mak bernazar sekiranya kau sembuh, mak berjanji untuk keluar dari dunia ini selama tujuh hari. Doa mak dimakbulkan tapi hingga ke hari ini nazarnya belum dapat ditunaikan," jelas si ibu. "Apa yang mesti kita lakukan?" tanya si anak selepas agak lama termenung. "Apa lagi, galikan sebuah lubang kubur untuk mak!" perintah si ibu. "Gali kubur? Tapi...bukankah kubur hanya untuk orang mati?" soal si anak penuh kehairanan. "Dah, jangan banyak tanya. Gali kubur, kemudian timbuskan mak. Selepas tujuh hari, kau galilah semula. Insya'allah mak akan selamat," ujar si ibu selamba.Dalam keadaan terpinga-pinga, si anak akur dengan perintah ibunya. Lalu dia segera mengambil cangkul, melakukan apa yang disuruh. Setelah selesai, si anak membaringkan tubuh ibunya dalam liang lahad. Dengan linangan airmata, wanita itu menadah tangan lalu berdoa: "Ya Allah, Engkau telah memenuhi permintaan dan doaku. Sekarang aku akan tunaikan nazarku.Peliharalah aku dari kebinasaan alam kubur ini, ya Allah dan selamatkanlah anakku."
Dalam keadaan serba salah, si anak meletakkan papan keranda dan menyodok tanah untuk menimbus lubang kubur itu. Dia kemudian berjalan pulang sambil air matanya tak henti-henti mengalir. "Mungkin ibuku sedang meronta-ronta kelemasan sebelum menghembuskan nafas terakhir," bisik si anak mengenangkan nasib ibunya. b0128 Si anak mengira hari dan dirasakannya waktu terlalu lambat bergerak. Namun sesaat pun si anak tidak lupa memohon agar Allah sentiasa memelihara ibunya. Di dalam kuburnya, si ibu merasakan lubang kuburnya semakin hari semakin luas. Beberapa ketika kemudian, dia terpandang imbasan cahaya di sebelah kanan kepalanya. Lalu dia menoleh, di dapati suatu lubang kecil di sebelahnya yang amat terang. Apabila diintai ternampaklah sebuah taman yang penuh dengan bunga-bungaan yang amat indah. Belum pernah dia melihat taman seindah itu seumur hidupnya. Si ibu tambah tersentak apabila ternampak dua wanita sedang duduk di tepi sebuah kolam yang jernih airnya. Seorang berwajah sugul sementara yang seorang lagi begitu ceria.
Menyedari kehadirannya, wanita berwajah ceria bersuara: "Wahai perempuan, silakan masuk dan duduklah bersama kami," pelawanya penuh sopan.
Sejurus itu lubang kecil di kubur si ibu perlahan-lahan membesar sehingga memudahkannya berjalan masuk ke taman tersebut.Dihampirinya kedua-dua wanita itu. Tiba-tiba muncul seekor burung, lalu melebarkan sayapnya ke atas kepala wanita ceria itu. Tidak berapa lama kemudian, muncul seekor lagi datang mematuk-matuk kepala wanita berwajah muram itu. Kejadian itu memeranjatkan si ibu. Dia bertanya kepada perempuan yang dipayungi burung itu. "Bagaimana kamu memperolehi kemuliaan ini?" tanyanya lagi. "Semasa di dunia, aku mentaati suamiku. Semasa aku kembali menemui Tuhan, dia redha kepadaku. Dia sentiasa mendoakan kesejahteraanku sehingga kini. Maka Allah muliakan aku seperti mana yang kamu lihat."
b0017Setelah itu si ibu tadi bertanya kepada wanita yang melolong-lolong setiap kali burung mematuk kepalanya. "Semasa di dunia," jawabnya tersekat-sekat, "aku perempuan solehah. Tidak pernah aku melanggar perintah Allah, tetapi aku seringkali derhaka kepada suamiku. Apabila aku meninggal, dia berada dalam keadaan tidak redha kepadaku...maka itulah Allah jadikan kuburku ini tempat penyeksaan. Jika kamu kembali ke dunia nanti, ceritakan kepada suamiku, yang aku memohon ampun dan maaf." "Insya'allah," jawab si ibu tadi perlahan, menahan hiba.Tujuh hari kemudian, tinggal bersama-sama dua orang wanita tersebut, si ibu masuk semula ke kuburnya. Sedar-sedar anak lelakinya sudah berada di sisinya. Kedua-dua anak-beranak itu berpelukan dengan air mata berjejeran kerana tidak menyangka dapat berjumpa semula. Sebaik si anak membawa ibunya pulang, hebohlah ke seluruh kampung, ibunya kembali semulaselepas seminggu dikebumikan. Berduyun-duyunlah orang menziarahi perempuan tersebut, bertanyakan pengalamannya selama tujuh hari berada dalam kubur. Di antara yang hadir itu termasuklah suami perempuan kedua yang ditemui si ibu tadi semasa di alam kubur. Sebaik mendengar pengalamannya,lelaki itu pun bersuara. "Dia arwah isteri saya," kata lelaki itu sayu. "Malang sekali, sekarang dia sedang diseksa kerana derhaka kepada kamu. Ampunilah dia agar arwah dapat ketenangan di sana," jelas si ibu itu.
"Baiklah...aku ampunkan segala dosanya terhadapku dan aku redha dengan pemergiannya,"sambung lelaki itu lagi.
Aneh, malam itu, si ibu bermimpi didatangi perempuan yang dipatuk burung itu. "Bagaimana keadaan kamu sekarang?" tanya si ibu itu.
"Alhamdulillah, aku selamat daripada seksaan kerana pertolonganmu menyampaikan pesanan agar suamiku memaafkan dosaku. Semoga Allah membalas kebaikanmu dan mengampunkan engkau," ujar wanita itu terharu. Si ibu terjaga lantas beristighfar beberapa kali.
(Dipetik dari kitab karangan Imam Al-Ghazali)
=====================
Sabda Rasulullah saw:
"Aku melihat dalam neraka tiba-tiba ramai diantara ahlinya adalah
wanita."
Maka seorang wanita bertanya: "Mengapa ya Rasulullah?" Rasulullah
menjawab, "Mereka banyak bersumpah dan tidak berterima kasih kepada
suaminya."

Leia Mais...

Kisah Nabi Isa

Banyak kisah Nabi Isa dan ibu kesayangan baginda,Maryam.Antara yang pernah aku dengar dari orang alim yang menyampaikan ilmu ialah kisah tentang perbualan Nabi Isa dan ibu kesayangan,Maryam selepas kewafatan Maryam yang menggambarkan tentang sakitnya semasa menghadapi sakaratul maut,saat-saat kematian.Nabi Muhammad,kekasih Allah,makhluk paling mulia disisi Allah pun merasai juga betapa hebatnya sakaratul maut,padahal menurut Jibril,itulah cara yang paling lembut semasa proses bercerainya roh dari jasad seseorang.Cuba bayangkan,bagaimana sakitnya sakaratulmaut bagi mereka yang banyak dosa dan hidup penuh penderhakaan kepada Allah.Oleh itu,aku berpesan kepada diriku dan para pembaca artikel ini,selalulah kita berdoa kepada Allah agar diringankan dan dipermudahkan semasa sakaratul maut "warohmatan indal maut"

Diceritakan bahawa Nabi Isa as telah berkata kepada ibunya Maryam: “Sesungguhnya dunia ini adalah kampung yang akan musnah dan sesungguhnya akhirat itu adalah kampung yang kekal, oleh itu marilah ibu bersama saya?”
Setelah Nabi Isa as berkata demikian pada ibunya maka berangkatlah Nabi Isa as bersama dengan ibunya menuju ke Gunung Lebanon, apabila sampai di gunung tersebut maka Nabi Isa as bersama ibunya berpuasa pada siang hari dan mendirikan solat pada malam hari. Makanan mereka terdiri dari pohon kayu dan meminum air hujan.
Setelah sekian lama Nabi Isa as dan ibunya Maryam tinggal di Gunung Lebanon maka suatu hari Nabi Isa as turun dari gunung untuk mencari daun kayu untuk berbuka puasa untuk mereka berdua. Setelah Nabi Isa as turun maka datanglah malaikat maut menghampiri Maryam dengan berkata: “Assalamualaiki ya Maryam, orang yang sangat patuh mengerjakan puasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari.”
Sebaik sahaja Maryam melihat orang yang memberi salam itu maka berkata Maryam: “Siapakah kamu ini? Badan dan seluruh anggotaku menggeletar dan berasa takut pula apabila mendengar suaramu!”
Kemudian Malaikat Maut berkata: “Aku adalah malaikat yang tidak mempunyai belas kasihan kepada sesiapa pun baik dia anak kecil, orang tua, atau sebagainya sebab aku adalah malaikat pencabut nyawa.”
Mendengar akan penjelasan dari Malaikat Maut itu maka Maryam berkata: “Wahai malaikat maut, adakah kedatangan kamu ini untuk menziarah aku atau untuk mencabut nyawa aku?”
Lalu berkata Malaikat Maut: “Wahai Maryam, kedatangan aku adalah untuk mencabut rohmu.”
Apabila Maryam mengetahui bahawa Malaikat Maut datang untuk mencabut nyawanya maka berkata Maryam: “Wahai Malaikat Maut, apakah kamu tidak mahu memberikan peluang sehingga anakku pulang, kerana dia yang menjadi buah indah mataku, yang menjadi anak kasih sayangku, yang menjadi buah hatiku, yang menjadi penawar mengubati kerisauan hatiku?”
Malaikat Maut pun menjelaskan perintahnya dengan berkata: “Wahai Maryam, sebenarnya aku tidak diperintahkan menurut kehendak kamu, aku ini hanyalah hamba yang diperintah.
Dan demi Allah aku tidak akan mencabut nyawa walaupun seekor nyamuk kalau aku tidak diperintahkan, sesungguhnya aku telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya aku tidak mensia-siakan walau satu saat pun untuk mencabut rohmu di tempat ini.”
Setelah Maryam mendengar penjelasan dari malaikat maut maka dengan hati yang ikhlas Maryam berkata: “Wahai
malaikat maut, kamu telah menerima perintah Allah SWT, oleh itu kamu laksanakanlah perintah itu dengan segera”
Malaikat Maut mendekati Maryam dan mencabut rohnya, kebetulan pula di masa itu Nabi Isa as lambat pulang, beliau pulang apabila waktu Isyak yang akhir, setelah Nabi Isa as naik ke atas gunung dengan membawa bekalan untuk berbuka puasa maka beliau melihat ibunya sedang berada di tempat solat, Nabi Isa as menyangka bahawa ibunya sedang sembahyang. Maka beliau pun meletakkan daun-daun yang dibawa untuk berbuka puasa dan meletakkan dekat ibunya lalu beliau berdiri mengadap kiblat.
Setelah sekian lama maka beliau pun memanggil ibunya: “Assalamualaiki ya ibu, waktu malam telah tiba dan orang yang berpuasa telah berbuka dan telah berdiri orang yang beribadah, mengapa ibu tidak beribadah kepada Tuhan yang Maha Pengasih?”
Nabi Isa as menyangka ibunya sedang tidur lalu beliau berkata; “Sesungguhnya dalam tidur itu terdapat kelazatan?” Nabi Isa memandang ke tempat ibunya dan didapatinya ibunya tidak makan apa-apapun walaupun 2/3 malam telah berlalu.
Nabi Isa as memanggil lagi ibunya: “Assalamualaiki yaa ummaahu?” Oleh kerana hari telah menjelang fajar maka ibunya tidak bangun lagi maka beliau pun menghampiri ibunya, lalu beliau meletakkan pipinya pada pipi ibunya dan meletakkan mulutnya pada pipi ibunya dengan menangis yang kuat beliau berkata: “Assalamualaiki yaa Ummaahu,” malam telah berlalu dan fajar telah menjelma, ini adalah masa untuk menunaikan fardhu yang telah diwajibkan oleh Tuhan yang Maha Pengasih.
Setelah Nabi Isa as berkata demikian maka menangislah para malaikat di langit dan para jin yang berada di sekitarnya dan bergoncanglah gunung di bawahnya. Kemudian Allah SWT wahyukan kepada para malaikat yang bermaksud: “Apakah yang menyebabkan kamu semua menangis?”
Maka berkata para malaikat: “Tuhan kami, Engkau Maha Mengetahui.”
Lalu Allah SWT wahyukan lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui dan Aku Maha Kasih Sayang.”
Setelah itu dengan tiba-tiba kedengaran satu suara yang berbunyi: “Wahai Isa as angkatlah kepalamu itu, sesungguhnya ibumu itu telah meninggal dunia dan Allah SWT telah melipat gandakan pahalamu.”
Sebaik sahaja Nabi Isa as mendengar suara tersebut maka baginda pun mengangkat kepala sambil menangis lalu berkata: “Siapakah yang akan menjadi temanku di waktu aku sunyi dan di waktu aku menangis, dan dengan siapakah dapat aku ajak berkata-kata, dan siapa pula yang dapat membantu aku dalam ibadahku.”
Kemudian Allah SWT mewahyukan pada gunung yang bermaksud: “Wahai gunung nasihatilah Rohku (Isa as).”
Setelah gunung menerima wahyu maka berkatalah gunung: “Wahai Roh Allah (Isa as) apakah erti kesusahanmu itu, ataukah kamu mahu Allah sebagai pendampingmu yang menggembirakan?”
Setelah Nabi Isa as mendengar kata-kata gunung maka turunlah beliau ke sebuah desa tempat tinggal Bani Israil, maka berkata Nabi Isa as: “Assalamualaikum yaa Bani Israil.”
Apabila kaum Bani Israil melihat ada orang memberi salam maka mereka pun berkata: “Siapakah kamu ini wahai hamba Allah? Cantik sekali wajahmu dan telah menyinari rumah-rumah kami.”
Lalu Nabi Isa as berkata: “Aku adalah Isa as, ibuku telah meninggal dunia, oleh itu tolonglah aku untuk memandi, mengafankan dan memakamkan ibuku.”
Maka berkata kaum Bani Israil: “Wahai Isa as, di atas gunung itu terlampau banyak ular yang besar-besar dan bermacam-macam ular yang belum pernah kami lihat dan tidak pernah dilalui oleh para orang tua kami dan nenek moyang kami sejak 300 tahun.”
Setelah Nabi Isa as mendapati bahawa mereka tidak mahu menolongnya maka baginda pun naik semula ke atas gunung, sebaik sahaja baginda naik maka baginda terpandang ada dua pemuda yang sangat cantik rupa parasnya, lalu Nabi Isa as memberi salam dan dibalas salam oleh kedua pemuda itu.
Kemudian Nabi Isa as berkata: “Wahai pemuda, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia oleh itu aku mohon kepada kamu berdua supaya dapat menolong aku untuk menguruskannya.”
Lalu berkata salah seorang dari pemuda itu: “Aku ini sebenarnya adalah Malaikat Mikail dan sahabat saya yang satu lagi ialah Malaikat Jibril.”
Kemudian Malaikat Mikail mengeluarkan barang-barang yang dibawanya dengan berkata: “Ini adalah ubat tubuh dan kain kafan dari Tuhanmu. Dan para bidadari jelita sekarang sedang turun dari syurga untuk memandi dan mengafankan ibumu.”
Setelah Malaikat Mikail berkata demikian maka Malaikat Jibril pun menggali kubur di atas gunung itu. Setelah selesai segala kerja memandikan mengafan dilakukan oleh para bidadari, dan setelah selesai disolatkan maka mereka bertiga pun mengkebumikan dalam kubur.
Setelah selesai maka Nabi Isa as pun berdoa kepada Allah SWT: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui tempatku dan Engkau mendengar kata-kataku dan tidak sedikitpun urusanku yang bersembunyi bagi Engkau, ibuku telah meninggal dunia sedang aku tidak menyaksikannya di waktu ia wafat. Oleh itu izinkan dia berkata sesuatu kepadaku.”
Kemudian Allah mewahyukan kepada Nabi Isa as yang bermaksud: “Sesungguhnya aku telah memberi izin kepadanya.”
Setelah Nabi Isa as menerima wahyu dari Allah SWT maka baginda pun pergi ke kubur ibunya lalu berkata: “Assalamualaiki ya ibu, bagaimanakah dengan tempat pembaringanmu dan tempat kembalimu dan bagaimana pula kedatangan Tuhanmu (Tuhanku).”
Berkata ibunya: “Tempat pembaringanku adalah sebaik-baik tempat pembaringan, dan tempat kembaliku adalah sebaik-baik tempat kembali, sedang aku mengadap kepada Tuhanku, aku tahu bahawa dia telah menerimaku dengan rela.”
Berkata Nabi Isa as: “Wahai ibu bagaimana rasa sakitnya ketika mati?”
Berkata Ibu Nabi Isa as: “Demi Allah yang telah mengutusmu sebagai Nabi dengan sebenar- benarnya, belum hilang rasa pedihnya mati, demikian juga dengan rupa Malaikat Maut belum lagi hilang dari pandangan mataku; alaikas salam wahai kasih sayangku sampai hari kiamat.

Leia Mais...

Nisfu Syaaban

Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban ( 15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.

Sepanjang saya menuntut ilmu di Bumi Anbia’,Mesir..diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di sana. Bila diselidiki,ternyata amalan tersebut tiada dalam amalan Rasulullah . Amalan membaca Yaa Sin sebanyak 3 kali dengan niat tertentu pada malam Nisfu Syaaban ini sudah sebati dengan amalan sebahagian besar umat Islam di Malaysia ini dan saya rasa untuk memperbetulkan semula keadaan ini memang agak susah dan silap gayanya,akan difitnah dan dikatakan dengan perkara yang tidak sepatutnya..sahabat saya pernah dimaki kerana memaklumkan perkara ini

Pembaca blog ini mesti faham,bukanlah menjadi kesalahan kerana membaca Yaa Sin tersebut walhal kita boleh membaca surah Yasin sebanyak yang mungkin pada bila-bila masa untuk mendapat pahala tetapi tidak dengan mengkhususkan kepada malam nisfu Syabaan dan dengan bilangan tiga kali. Kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah s.w.t untuk kebaikan dunia dan di akhirat tetapi tidak perlu dikhususkan di celah-celah bacaan Yasin di malam nisfu Syaaban. Namun,daripada lepak kat rumah,menonton sukan olimpik,merayau kat pasaraya dan sebagainya,jomlah kita ramai-ramai ke surau atau masjid untuk sama-sama membaca Yaa Sin secara berjemaah,cuma niatkan hanya kerana Allah Taala,dapat la jugak pahala,pahala membaca kalam Allah yang Maha Agung..setiap huruf diberi pahala dan ganjaran.Wallahu a’lam bis sawab.

Leia Mais...

Blogroll

© 2008 Por *Templates para Você*